Penduduk di Desa Manguranranan Kabupaten Kebumen Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini digemparkan dengan penemuan satu ‘mayat’ terbaring di tengah sawah padi di perkampungan itu.
Insiden tersebut membuatkan penduduk kampung beramai-ramai berkumpul berdekatan dengan sawah itu untuk menyaksikan sendiri penemuan ‘mayat’ berkenaan.
Bagaimanapun, tiada siapa pun berani mendekati atau mengeluarkan ‘mayat’ berkenaan.
Susulan itu, ketua desa berkenaan, Taufiq telah memaklumkan kepada pihak polis yang secara kebetulan berada tidak jauh dari kawasan berkenaan.
Pihak polis yang tiba pun memulakan proses evakuasi.
Namun ketika dalam usaha mengeluarkan ‘mayat’ tersebut, polis dan orang ramai terkejut bukan kepalang apabila ‘mayat’ tanpa baju itu bangun secara tiba-tiba secara mengejut.
“Semua yang melihat proses pengeluaran itu terkejut. Mayat itu bangun secara tiba-tiba. Kawasan itu kemudian dipenuhi dengan gelak tawa orang ramai“, tulis tribratanews.
Difahamkan, lelaki itu sedang lena tidur di tengah sawah dan dipercayai dia tidak siuman.
Gambar insiden ini turut tersebar menjadi viral di negara ini. –Kedahnews.com