Gambar Hiasan |
BAGAIKAN permainan silap mata apabila rak-rak minyak masak khususnya sawit sama ada di kedai-kedai runcit, pasar raya mahupun pasar raya besar tiba-tiba kosong. Lebih malang lagi ada sesetengah tempat, minyak masak selain sawit seperti minyak masak jagung dan bunga matahari juga tidak kelihatan.
Kejadian ini berlaku seminggu sebelum pengumuman Rasionalisasi Harga Minyak Masak oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 1 November lalu.
Sepanjang tempoh ketiadaan bekalan bahan tersebut di pasaran, kehidupan rakyat agak terjejas memandangkan minyak masak adalah bahan keperluan harian. Oleh itu tidak dapat penulis bayangkan betapa sengsaranya sebuah keluarga itu sekiranya mereka terputus bekalan minyak masak selama seminggu gara-gara stok di pasaran kehabisan.
Sungguh menghairankan bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia boleh berhadapan dengan masalah ini. Ini bukan pertama kali kita berhadapan dengan situasi ini malah telah beberapa kali.
Sebelum ini negara pernah berhadapan dengan kehabisan stok gula, juga berlaku sebelum harga baharu gula diumumkan. Pada 2014, kita juga pernah berhadapan dengan kehabisan stok minyak masak peket satu kilogram di pasaran kira-kira dua minggu.
Apa yang boleh dikatakan, semuanya ini menyulitkan hidup rakyat. Penat juga untuk kita fikirkan bagaimana stok minyak masak ini boleh habis di pasaran. Jika difikirkan secara logik mustahil perkara ini boleh berlaku.
Tidak mungkin pengilang minyak masak terutama yang melibatkan syarikat besar mengurangkan jumlah pengeluaran. Sebaliknya jumlah pengeluaran dihasilkan adalah seperti biasa. Atas sebab itu berdasarkan perbualan dengan rakan-rakan serta perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, petualang dalam isu ini besar kemungkinan banyak melibatkan pemborong dan peruncit.
Mereka menyembunyikan stok sehinggalah kerajaan mengumumkan rasionalisasi harga minyak masak yang baharu. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan berganda. Justeru, mereka yang bertindak sedemikian sewajarnya dikenakan hukuman paling berat berdasarkan undang-undang sedia ada kerana perbuatan itu menjejaskan kehidupan rakyat seharian.
Seperti penulis katakan sebelum ini, kehabisan stok bahan kawalan seperti gula dan minyak bukan pertama kali kita hadapi tetapi sudah berkali-kali. Mustahil KPDNKK tidak tahu mengenainya dan sepatutnya kementerian itu lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Rakyat bertambah berang apabila dimaklumkan di saat negara kehabisan bahan keperluan itu, minyak masak keluaran Malaysia berlambak di Thailand. Tinjauan wartawan Utusan Malaysia di Sungai Golok dan di pekan Wang Prechan, Thailand (bersebelahan dengan Wang Kelian, Perlis) baru-baru ini cukup menggambarkan kepada kita tentang keadaan yang berlaku itu.
Semuanya ini disebabkan wujudnya perasaan tamak sesetengah pemborong dan peniaga yang terlalu mahukan keuntungan lebih. Berdasarkan temubual dengan seorang peniaga di kawasan Sungai Golok yang dikenali sebagai Nong, minyak masak Malaysia jenis peket satu kilogram dijual dengan harga RM3.50 sehingga RM4.
Di Malaysia, minyak masak jenis peket satu kilogram dijual dengan harga RM2.50 dan dikategorikan sebagai minyak masak bersubsidi melalui pengumuman Rasionalisasi Harga Minyak Masak oleh KPDNKK bermula 1 November lalu. Berbanding minyak masak dalam botol, harga yang dijual adalah berdasarkan harga pasaran.
Apa jua alasan bahagian penguatkuasaan di sempadan perlu lebih jujur dan tegas. Jangan biarkan sempadan negara ini dibolosi sewenang-wenangnya terutama yang melibatkan jalan-jalan tikus. Negara kita ada maruah yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Tidak keterlaluan juga jika kita katakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini adalah sesuatu yang zalim kerana menganiaya orang lain dan sesungguhnya Allah SWT murka kepada mereka yang bertindak zalim dan melampau. Fikir-fikirkanlah.
Sumber: Utusan