Demikianlah berakhirnya kisah pemuda malang itu. Ia adalah sebuah kisah yang dihimpun oleh Ibn al-Muqaffa’ (meninggal pada tahun 142 Hijrah) dalam bukunya, “Kalilah wa Dimnah.” Ibn Muqaffa’ setelah mengakhiri kisah tersebut beliau memberikan pengajaran kepada pembaca, ujarnya:
“…demikianlah wahai saudaraku! Sebuah contoh kehidupan sebahagian orang yang hidupnya tenggelam dalam kelalaian, sedangkan kenikmatan dunia ibarat setitik madu itu jika tidak berhati-hati boleh membuatkan manusia lupa kepada kehidupan akhirat yang hakiki dan pastinya dia akan menempuh situasi yang sangat sukar.”
Sindiran atau nasihat Ibn al-Muqaffa’ itu memanglah bernas dan jitu. Sesungguhnya ia amat bertepatan dengan ancaman Allah dan Rasul-Nya. Dalam hubungan ini terdapat banyaknya ayat al-Quran dan hadis mengingatkan kita agar jangan lalai.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Munafiqun, ayat 9:

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta dan anak-anak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). (Ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.”
Seterusnya, terdapat banyak lagi firman Allah mengenai peringatan supaya hamba-Nya jangan lalai, antaranya dalam Surah at-Takathur ayat 1-8. Kelalaian mengundang kesengsaraan pada kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat. Ini kerana, kadang-kadang perkara melalaikan itu tidaklah sangat berharga yang membolehkan kita hidup selama-lamanya.
Dalam pada itu, terdapat bidasan pedas oleh Imam al-Ghazali berhubung dengan kelalaian manusia terhadap kehebatan dunia yang tidak seberapa menyebabkan kita lupa kepada kehidupan di akhirat. Ujar beliau:
“... ketahuilah wahai saudaraku! Jika anda tergila-gila terhadap seorang wanita hingga sanggup berbunuh-bunuhan kerananya, percayalah bahawa apa yang direbutkan pada wanita itu tidak lebih daripada hanya bahagian tempat keluar darah uzurnya. Jika anda terasa hebat kerana mampu memiliki minuman paling disanjung ramai iaitu madu lebah, ketahuilah wahai saudara! Ketakjuban anda terhadapnya tidak lebih daripada ia hanyalah luahan air liur beberapa ekor lebah. Jika anda berbangga dengan pakaian sutera yang dimiliki, maka ketahuilah bahawa kain sutera itu tak lain tidak bukan hanyalah sejenis benang yang keluar daripada beberapa ekor ulat. Alangkah remehnya!.”
Seterusnya telah lama kita dipesankan oleh Nabi Muhammad SAW berhubung hinanya dunia jika tidak dikaitkan dengan kehidupan di akhirat. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“..Sesungguhnya dunia ini manis lagi menarik, dan sesungguhnya Allah melantik kamu mengendalikannya, lalu Dia memerhatikan apa yang kamu lakukan, takutlah kepada Allah daripada godaan dunia, dan takutlah kepada Allah daripada godaan wanita. Sesungguhnya kemusnahan kaum bani Israil adalah berpunca daripada wanita.”
Pasti anda sering mendengar ancaman Allah dalam surah al-Fajr ayat 25 dan 26:
“Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapa pun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belenggu-Nya”.
Contoh senario:
AL-KISAH tersebutlah perihal seorang pemuda yang sedang merayau-rayau dalam hutan belantara. Tiba-tiba dia terserempak dengan seekor gajah yang sedang naik minyak, tidak semena-mena gajah itu meluru dan ingin merempuh pemuda tersebut. Tanpa berlengah-lengah, pemuda itu lari sekuat hatinya menyelamatkan diri.
Nasib pemuda itu agak malang, tiada lagi tempat untuk melarikan diri kerana dia berhadapan dengan sebuah gaung curam lagi dalam, sedangkan gajah yang sedang menggila itu terus mengejarnya dari belakang. Tiada jalan lain bagi pemuda itu melainkan terjun ke dalam gaung tersebut.
Pemuda itu bernasib baik kerana tersangkut di atas dahan pohon kayu yang tinggi, dia terasa lega dan menarik nafas panjang kerana terselamat daripada gajah yang menggila itu, dia cuba bertenang dan berfikir bagaimana untuk turun daripada pohon tinggi tersebut.
Dalam pada itu, sedang dia melihat-lihat ke bawah tiba-tiba ternampak beberapa ekor ular besar berlingkar di pangkal pohon tersebut.
Dia kebingungan dan fikirannya bertambah gusar lebih-lebih lagi apabila mendapati dua ekor tikus besar sedang menggigit pangkal dahan tempatnya berpaut, dahan tersebut semakin lama menjadi semakin genting dan dalam suatu masa yang tidak terjangka, pasti akan patah terkulai jua akhirnya.
Helah demi helah diandaikan dalam benaknya, tiba-tiba dia ternampak sekumpulan lebah yang sedang bersarang di dahan sebelah atas tempatnya berpaut.
Pemuda tersebut dengan serba kepayahan memberanikan diri menjolok sarang lebah itu dengan menggunakan jarinya, ia dapati setitis madu melekat di hujung jarinya lalu dia menjilat dan terus menjilat demi menikmati madu yang tak seberapa itu.
Dia terus menerus berbuat begitu berulang kali hingga akhirnya alpa dan lupa tentang nasib yang pasti menimpanya.
Sumber: Utusan