Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Isteri curang adalah salah satu faktor keruntuhan rumah tangga bagi pasangan muda di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, faktor tersebut telah menjadi punca kepada 11.8 peratus kes perceraian di negara ini.
"Peratusan tersebut diperoleh daripada punca perceraian di kalangan lelaki.
"Manakala dalam kalangan wanita pula, faktor suami curang telah menjadi punca perceraian sebanyak 20.5 peratus kes," katanya ketika menjawab soalan dari (Pas-Rantau Panjang), Siti Zailah Mohd Yusoff dalam Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, semalam.
Dalam pada itu, kajian juga mengesahkan faktor tiada persefahaman mencatatkan angka paling tinggi antara lelaki dan wanita iaitu 56.2 peratus dan 38 peratus.
Menurut Azizah lagi, antara punca lain yang mempengaruhi keruntuhan rumah tangga termasuk campur tangan ibu mertua dan ipar duai, dan suami tidak bertanggungjawab.
"Ini berlaku kepada pasangan yang berkahwin dalam tempoh lima tahun ke bawah dan merupakan perkahwinan pertama mereka," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian