Isteri Jalaluddin Hasan Meninggal Pada Usia 64 Tahun, Al-Fatihah


TAKZIAH diucapkan kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercinta, Datin Hashimah Aksan, 64, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 3 pagi semalam.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat komplikasi pembedahan jantung.

Berita sedih ini turut disahkan oleh Jalaluddin sendiri.

“Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

“Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi,” katanya kepada BH Online.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Allahyarhamah mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu. –Kedahnews.com