PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima laporan penuh mengenai pemacu pena daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, laporan isu pemacu pen itu telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat.
"Berdasarkan laporan, pemacu pena itu hanya mengandungi laporan teknikal, staf serta program pembangunan kejurulatihan," jelasnya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, Isnin.
Isu 'pendrive' sebelum ini menarik perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan setelah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyerahkan pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman kepada SPRM pada 2 September lalu setelah menerimanya daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.
Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan kandungan pemacu pena tersebut tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.
Selain itu, Afandi turut mengesahkan Kongres Tahunan FAM kali ke-53 bakal berlangsung pada 25 Mac 2017 depan.
"Tarikh penamaan calon bermula 23 Januari ini, manakala senarai akhir pencalonan akan diumumkan pada 20 Februari.
"Sebanyak 19 badan gabungan terdiri daripada 39 perwakilan layak mengundi dengan setiap persatuan diberikan hak dua undi manakala Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia mempunyai kelayakan satu undi," jelasnya.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini mengulangi pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 2014, sekali gus menyaksikan FAM memutuskan supaya pemilihan penggal baharu jawatankuasa eksekutif diawalkan dari 2018 ke tahun depan.
Sumber: mStar