Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan di Jalan Ujang Batu, Teluk Bahang. |
GEORGE TOWN - Tanah runtuh yang berlaku di Jalan Ujang Batu di Teluk Bahang di sini menyebabkan laluan itu akan ditutup sepenuhnya.
Kejadian tanah runtuh pada kira-kira pukul 4.30 pagi Isnin itu berlaku susulan hujan berterusan yang mengakibatkan beberapa kawasan termasuk Jalan P Ramlee dan Jalan Masjid Negeri ditenggelami air.
Pelajar sekolah terpaksa dibawa dengan bot selepas Jalan P Ramlee ditenggelami air. |
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, polis telah menutup Jalan Ujang Batu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan untuk memotong dan membuang pokok-pokok dan tanah," katanya.
Sumber: mStar