KUALA LUMPUR - PAS tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.
"Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Beliau mendakwa kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah.
Semalam, Abdul Hadi dilapor sebagai berkata PAS tiada masalah berbincang dengan mana-mana parti blok pembangkang termasuk DAP berhubung calon pilihan raya bagi mengelak pertandingan tiga penjuru tetapi DAP tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat PAS.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sebelum ini dilapor sebagai berkata bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang lain untuk menghadapi BN.
Terdahulu, dalam sidang media di Parlimen, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan niat PAS yang mahu memperbaiki hubungan dengan rakan pembangkang lain dalam rundingan berhubung agihan kerusi.
Beliau berkata partinya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14. - Bernama