Johan Dikecam Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina Bukan Islam


HANYA kerana menghadiri majlis pengebumian neneknya yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam, pelawak Johan dan isterinya, Ozlynwaty teruk dikecam segelintir netizen yang mungkin "terlalu Islam".

Netizen yang mungkin jumud pemikirannya itu mendakwa perbuatan pasangan suami isteri itu boleh menggugat akidah mereka sebagai seorang yang beragama Islam.


Difahamkan bahawa ajaran Islam tidak menghalang mana-mana orang Muslim untuk menziarahi pengebumian orang bukan Islam asalkan tidak melakukan upacara keagamaan dan kerohanian agama lain.

Jelas kecewa dengan tuduhan netizen, Johan kemudian memuat naik satu gambar memaparkan pesanan ibunya yang merupakan seorang mualaf, “bagitau dorang, walaupun mak pernah makan babi, mak tak bodoh dan mak juga tak pandai. And until now mak masih still belajar agama.”

“Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada hukumnya,” kata ibu penyampai radio Era itu lagi.

A photo posted by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Menurut Johan lagi, walaupun berlainan agama namun hubungannya dengan ahli keluarga sebelah ibunya itu sangat rapat.

Malahan mereka yang beragama Buddha akan sentiasa menghormati mereka sekeluarga yang beragama Islam dengan tidak menghidangkan hidangan berasaskan daging babi sekiranya mereka sekeluarga berkumpul terutama sekali ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Johan juga sempat berpesan buat semua peminatnya, “Kita yang satu agama ni jangan asyik nak bertelagah dan mencari kesalahan orang lain. Fikir yang baik-baik.” – Kedahnew.com