JPJ Nafi Keras Viral Dakwa Harga Cukai Jalan Naik 25%


ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan konon terdapat pengumuman kenaikan kadar bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan semua jenis berkuasa 880cc dan ke atas bermula Januari pada tahun depan.

"Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial dan aplikasi Whatapps baru-baru ini.

"JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam," jelas jabatan itu menerusi satu kenyataan semalam.

Khabar angin tersebut tersebar sejak semalam dengan dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus.

JPJ menasihatkan orang awam agar tidak percaya dengan maklumat dalam laman sosial dan perlu mendapatkan penjelasan pihak berkuasa daripada menyebarkan informasi yang tidak sahih.

Sementara itu, difahamkan maklumat-maklumat tidak benar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dipercayai sengaja disebar pihak tertentu bagi memcetus dan mengapi-apikan kemarahan rakyat terhadap pihak kerajaan.

Penyebaran informasi palsu seperti itu mensasarkan beberapan jabatan dan agensi kerajaan khususnya menerusi media sosial seperti aplikasi Whatsapp dan Facebook, diyakini berkesan untuk mencipta propaganda bermotif politik negatif. -Kedahnews.com