KOREA SELATAN mengarahkan penarikan balik produk makanan ringan jenama Pringles Pototo Crips perisa sour cream & onions yang diimport dari Malaysia.
Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan gara-gara penemuan bangkai seekor cicak di dalam tiub snek kentang itu.
Memetik laporan media tempatan negara itu, Koreatimes, penarikan balik itu susulan saranan daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat Korea.
Kementeria itu dikatakan bertanggungjawab mengarahkan kilang Kellogg di Nilai, Negeri Sembilan menarik semula semua produk berperisa sama berjumlah 4,410kg yang diimport pada 2 Julai lalu.
Kementerian itu juga turut meminta pemborong dan peruncit yang menjual produk snek ubi itu digesa bekerjasama dengan arahan penarikan balik produk itu di pasaran Korea. – Kedahnews.com