Bunyi tembakan bergema di bandar terpencil di barat laut Pakistan, lokasi pasaran gelap senjata api terbesar negara itu, tempat raifal Kalashnikov yang dibuat daripada besi terpakai dijual lebih murah berbanding telefon pintar dan dikeluarkan pada skala industri.
Bandar Darra Adamkhel yang dikelilingi gunung, terletak kira-kira 35 kilometer dari selatan Peshawar adalah hab aktiviti jenayah selama puluhan tahun.
Penyeludupan manusia, dadah adalah perkara biasa dan semuanya dari kereta curi sehinggalah ke ijazah palsu universiti boleh diperoleh di sini.
Perdagangan senjata api selama beberapa generasi memuncak pada 1980-an apabila pejuang Mujahideen yang menentang pencerobohan Kesatuan Soviet di Afghanistan mula membeli senjata api di Darra Adamkhel yang terletak berhampiran sempadan.
Tidak lama selepas itu, bandar itu menjadi kubu kuat Taliban Pakistan yang menguatkuasakan undang-undang Islam yang ketat.
Kini bandar itu bebas dari sebarang pengaruh pengganas, namun pembuat senjata api berkata, tahap keselamatan yang semakin meningkat dan sikap kerajaan yang semakin mengetatkan kawalan terhadap senjata api haram mula menghakis industri yang sudah sekian lama bertahan.
“Kerajaan Perdana Menteri Nawaz Sharif mewujudkan pusat pemeriksaan di serata tempat, perniagaan kini terhenti,” kata seorang tukang senjata api, Khitab Gul.
Khitab, 45, terkenal dengan pembuatan replika submesin-gan MP5 buatan Turki dan Bulgaria.
MP5 adalah antara senjata paling popular di dunia dan digunakan secara meluas oleh organisasi seperti pasukan SWAT di Amerika Syarikat.
Senjata itu dijual pada harga beribu-ribu dolar.
Tetapi replika yang dihasilkan Khitab yang lengkap dengan jaminan satu tahun berharga sekitar AS$67 (RM271) dan dia mendakwa senjata itu berfungsi dengan sempurna.
Kata Khitab, replika raifal Kalashnikov boleh dibeli pada harga serendah AS$125 (RM506), lebih murah berbanding kebanyakan telefon pintar.
“Pekerja di sini mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh meniru apa sahaja senjata yang ditunjukkan kepada mereka.
“Dalam tempoh 10 tahun, saya menjual 10,000 senjata dan tidak menerima sebarang aduan daripada pembeli,” jelasnya.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tentera mula memburu kumpulan pelampau dan tahap keselamatan di wilayah itu semakin baik.
“Semakin banyak kedai di Darra Adamkhel kini menjual barangan runcit atau peralatan elektronik berbanding senjata api,” keluh Khitab.
Suasana seperti bandar koboi kini semakin luntur di Darra Adamkhel yang mula menerima kemasukan kemudahan moden.
Khitab memberitahu, sebelum tahap keselamatan ditingkatkan oleh kerajaan, bengkelnya menghasilkan lebih 10 senjata sehari.
“Kini saya hanya menghasilkan hanya empat senjata. Permintaan kini semakin merosot,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Muhammad Qaisar yang mencari rezeki dengan menghasilkan dan menjual peluru berkata, pada satu ketika terdapat hingga 7,000 kedai menjual senjata di bandar itu.
“Kini lebih separuh kedai sudah ditutup. Kehidupan kini semakin sukar,” jelasnya. -Agensi