Kedah Bakal Miliki "CyberClinic" Di UTC


ALOR SETAR - Kepentingan data dan maklumat yang terkandung di dalam komputer mahupun peranti akan lebih terjamin bagi rakyat Kedah tidak lama lagi apabila Kerajaan Negeri buat pertama kalinya bakal menubuhkan CyberClinic di negeri ini.

Menawarkan pelbagai perkhidmatan berhubung dunia siber sama ada teknikal dan bukan teknikal, CyberClinic yang bakal ditubuhkan itu juga menyediakan khidmat nasihat serta bantuan latihan kepada rakyat Kedah, termasuk usahawan atas talian (online).

Exco ICT Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Noor Sabrina Mohd Noor berkata, masyarakat Kedah agak kurang menyedari mengenai kepentingan "cyber security" ini sehingga menyebabkan mereka terdedah pada ancaman penipuan (scam), kecurian data, "cyberbully" dan sebagainya.

"Ia akan menjadi pusat rujukan dan pusat latihan kepada seluruh orang Kedah yang memerlukan khidmat nasihat, yang ingin tahu bagaimana untuk hadapi masalah jenayah siber contohnya, bagaimana jika menghadapi masalah dengan media sosial, data, peranti dan sebagainya, maka bolehlah datang ke CyberClinic.

"Ia juga akan menawarkan latihan-latihan, bukan teknikal dan teknikal, bukan saja boleh buat di CyberKlinik di UTC tersebut, malah kami boleh pergi ke daerah-daerah, sekolah, kampung-kampung untuk memberi maklumat, pengetahuan dan latihan kepada semua, khususnya orang-orang Kedah," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai CyberClinic berkenaan, beliau menjelaskan bahawa ia akan dikendalikan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Digital Transformation Centre (KDTC) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Beliau berkata, CyberClinic berkenaan akan beroperasi di tingkat 4, Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di sini, dan bakal diuruskan oleh KDTC dengan

"Pihak Kerajaan Negeri telah memohon penubuhan CyberClinic kepada pihak CyberSecurity, insyaAllah diluluskan.

"Kita rancang untuk mewujudkan CyberClinic itu di tingkat 4, bangunan UTC, di mana ia akan diuruskan oleh pihak KDTC Sdn Bhd dengan kerjasama KTPC Sdn Bhd.

Nor Sabrina hari ini merasmikan Program Inovasi Sosial Mosti (MSI), anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman, di sini.