ALOR SETAR - Kerajaan negeri menerima beberapa kertas cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan stadium bola sepak baharu yang bakal dibina di luar bandaraya ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, untuk merealisasikan hasrat itu, penglibatan pihak swasta amat diperlukan berikutan kerajaan negeri tidak mampu menanggung keseluruhan kos pembinaan stadium berkapasiti 60,000 penonton bagi menggantikan Stadium Darul Aman yang berusia 54 tahun.
“Kita masih mempelawa mana-mana syarikat swasta yang berminat untuk kemukakan kertas cadangan sebelum muktamadkan pemilihan. Kriteria utama hendaklah dibina di luar bandaraya Alor Setar namun tidak boleh terlalu jauh,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Pertandingan Futsal Piala Menteri Besar Kedah, di D’Futsal Centre Titi Gajah, kelmarin.
Menurutnya, antara daerah yang menjadi pilihan tapak adalah pinggir Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu atau Pendang.
“Kos pembinaannya tinggi dan di luar kemampuan kerajaan negeri jika tiada kerjasama dengan swasta. Saya percaya dengan adanya jalinan kerjasama dua pihak akan mempercepatkan usaha ini, agar dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.
Ahmad Bashah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, pembinaan stadium baharu perlu diberikan keutamaan untuk keselesaan orang ramai menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan stadium sedia ada hanya mampu menampung 30,000 penonton.
“Kita perlukan tapak yang luas kerana bukan sahaja stadium dibina, sebaliknya akan dilengkapi sebuah kompleks sukan dengan kemudahan pusat perniagaan, gerai makanan dan jualan, kerana saya mahu memanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti riadah, bukan setakat bermain bola sepak,” katanya.
Menurutnya, bagaimana pun pihaknya menyerahkan kepada syarikat atau arkitek terlibat untuk mereka bentuk kompleks mengikut kesesuaian dan kos, agar pelbagai aktiviti dapat diadakan apabila siap sepenuhnya.
“Jika boleh setiap daerah memiliki tarikan tersendiri, contohnya Sungai Petani akan dibina litar lumba. Untuk bina stadium ini, kita bina di daerah lain pula, kita tidak mahu hanya bertumpu di satu-satu daerah,” katanya.
Mengulas mengenai kemajuan penubuhan Akademi Dato’ Ahmad Basri (ADAB) dengan kerjasama KFA dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ahmad Bashah berkata, perjanjian yang dimeterai 12 Oktober lalu bakal menjadi kenyataan tahun depan.
“Persetujuan sudah dicapai, cuma perlu adakan perbincangan lanjut untuk cari kesefahaman dengan jabatan pelajaran negeri agar penggunaan padang bola sepak di sekolah terlibat tidak bertembung dengan penggunaan aktiviti sekolah,” katanya.
Menurutnya, KFA dan sekolah terlibat akan mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu agar aktiviti lebih tersusun dan lancar.
Mengulas mengenai projek litar lumba yang bakal dibina di Sungai Petani, Ahmad Bashah berkata, majlis pecah tanah akan diadakan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.
“Tapak dan keluasan litar semuanya sudah siap, hanya ada beberapa aspek lagi perlu dilengkapkan. Projek ini tiada masalah untuk diteruskan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian