Kekasih Gelap Lin Dan Tampil Mohon Maaf Atas Perilaku Sumbang


MODEL dan pelakon, Zhao Yaqi yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton dunia, Lin Dan akhirnya tampil memohon maaf di atas perilakunya itu, baru-baru ini.

Zhao menyatakan permohonan maafnya itu di hadapan pihak media dalam satu sesi sidang media yang diadakan Selasa lalu.

“Perbuatan saya telah memberikan gambaran buruk kepada semua orang. Ahli keluarga saya juga turut menerima tempias disebabkan perlakuan saya.

“Saya tidak dapat memaafkan diri di atas kesalahan ini. Saya langsung tak fikir yang perbuatan saya boleh melukakan hati orang lain.

“Saya tak beri maklum balas sejak perkara ini terbongkar kerana berasa sangat takut, bersalah dan tidak tahu macam mana cara nak menghadapinaya.

“Namun, selepas melihat pelbagai kritikan di Internet, saya perlu tampil ke hadapan bagi memohon maaf dan memperbetulkan keadaan.

“Saya tidak mahu pihak yang tidak bersalah dalam hal ini merasa terluka,” katanya.

Lin Dan sebelum ini juga sudah membuat permohonan maaf menerusi akaun sosial Weibo miliknya, sehari selepas video kecurangannya tersebar.

Kisah skandal Lin Dan tersebar dua minggu selepas isterinya, Xie Xingfang selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 5 November lalu. – Kedahnews.com