Kembar Hajah Neelofa Ratu Cantik Di Filipina?


POPULARITI pelakon Neelofa Mohd Noor kini semakin memuncak sementelah drama lakonannya, Suri Hati Mr. Pilot sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.

Bukan sahaja popular di Malaysia sebaliknya ‘Neelofa’ juga terkenal di negara jiran Filipina.

Tapi jangan salah sangka, sebab yang terkenal di Filipina itu bukan Neelofa yang sebenar, namun cuma seorang gadis yang memang benar-benar mirip dengan pelakon yang kini bergelar "hajah" itu.


Nama ‘kembar’ kepada Neelofa ini ialah Kylie Fausto Verzosa dan baharu sahaja berusia 24 tahun.

Kylie yang memulakan kerjayanya sebagai model pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Binibining Antarabangsa Filipina 2016.


Kalau tengok betul-betul persamaan di antara Neelofa dan Kylie adalah terletak pada bahagian mata, bibir serta kedudukan tahi lalat di tempat yang sama.

Lepas ini kalau nak ambil watak kembar Neelofa dalam mana-mana filem dan drama, bolehlah jemput Kylie ni berlakon sama. –Kedahnews.com