Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengikat semula kontrak pemain dan pegawai pasukan itu secara rasmi selewat-lewatnya pada awal Disember depan.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya telah mendapatkan persetujuan daripada pemain untuk kekal bersama skuad berkenaan sebelum ini, namun belum mengikat mereka secara rasmi.
Menurutnya, sebagai tindakan susulan, KFA juga telah menghubungi sesetengah pemain dan mendapatkan semula persetujuan untuk kontrak baharu.
"Cuma halangan buat kita ialah ramai pemain yang sedang bercuti sejak saingan Piala Malaysia berakhir.
"KFA tidak mahu terburu-buru mengikat kontrak secara rasmi kerana masih mempunyai masa sehingga pertengahan Januari untuk mendaftar semula pemain dan pegawai yang terlibat," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan memberitahu, KFA pastinya ingin mengekalkan kesemua pemain termasuk Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe yang akan tamat kontrak pada akhir bulan ini.
Jelasnya, pemain dan jurulatih turut memberi respon ingin terus bersama skuad hijau kuning pada musim depan.
"Sekarang proses menyediakan kontrak untuk pemain masih dilakukan dan bila semua selesai kita akan mendapatkan tandatangan mereka secara rasmi.
"KFA akan berikan kontrak untuk pemain tandatangan selewat-lewatnya pada akhir bulan ini atau awal Disember kerana kita tahu tempoh mereka bersama Kedah akan berakhir," jelas beliau.
Sumber: mStar