Peserta khatan dimandikan bomba sebelum disunat. |
POKOK SENA - Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas menyertai Program Berkhatan Berjemaah di sekolah berkenaan, kelmarin.
Program itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selepas kali terakhir diadakan penduduk setempat kira-kira 25 tahun lalu dan dirasmikan Bendahari Umno Bahagian Pokok Sena, Zulkifli Ahmad.
Guru Besar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, kanak-kanak terlibat terdiri daripada murid prasekolah sehingga tahun enam.
Menurutnya, mereka dikenakan RM60 setiap seorang, manakala sebahagian kos lagi disumbangkan JKKK dan guru.
"Program khatan ini diadakan secara tradisional oleh mudin berpengalaman. Acara bertambah meriah apabila peserta dimandikan anggota bomba sebelum dikhatankan. Sambutan diterima daripada penduduk dan PIBG juga amat menggalakkan, malah mereka turut bergotong-royong memasak untuk jamuan.
"Kita harap acara ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga miskin, bahkan turut menjadi kenangan manis buat peserta apabila mereka tamat pengajian nanti,” katanya.
Sementara itu, peserta, Mohd Amin Mohd Basri, 5, berkata, walaupun masih muda, namun dia sendiri menawarkan diri untuk menyertai program itu.
Katanya, dia mahu menjadi seperti abang-abangnya yang bersunat sebelum usia 7 tahun.
“Saya sendiri beritahu ayah supaya nama saya disenaraikan dalam program pagi ini (semalam). Mula-mula takut juga, tapi saya beranikan diri sebab abang saya juga bersunat sebelum berusia 7 tahun.
“Sejak semalam (kelmarin) saya rasa tidak sabar nak sertai program ini, tambah lagi bersunat secara beramai-ramai. Seronok. Difahamkan, bersunat pada usia awal membolehkan luka cepat sembuh. Saya juga rasa sudah besar,” katanya.
Menurut Muhammad Ridzuan Hafiz, 6, dia tidak sabar untuk bersunat bersama rakan-rakan seusia, walaupun ada rakan-rakan yang memberitahunya berkhatan itu sakit.
"Saya takut bersunat jika seorang diri di hospital sebab tiada kawan dan sunyi. Di sini kami dapat bersama dan sangat gembira walaupun ada perasaan takut sikit-sikit,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.
Sumber: Sinar Harian