SEORANG pelajar sebuah universiti di Jepun telah ditangkap polis kerana bertindak menolak teman wanitanya dari platform ke landasan kereta api stesen Hiyoshi, pada Ahad lalu.
Yuki Ozawa, 22, pelajar tahun tiga di Universiti Keio, didakwa dengan cubaan membunuh teman wanitanya berusia 21 tahun dari institusi yang sama.
Difahamkan, pasangan itu antara sekumpulan pelajar yang pulang dari berhibur sebelum bertengkar sesama mereka sama ada untuk pergi minum atau tidak, kata laman Straits Times Singapore memetik The Japan Times.
Walau bagaimanapun, mangsa terselamat daripada digilis kereta api selepas seorang penumpang secara kebetulan sempat memberi amaran kepada kakitangan stesen berkenaan.
Stesen Kereta Api Hiyoshi, Jepun. |
Mangsa difahamkan mengalami lebam pada bahagian lutut akibat terjatuh.
Tambah laman itu, Ozawa mengaku menolak teman wanitanya kerana hilang sabar namun menafikan dia berniat untuk membunuhnya ketika ditahan pihak polis. – Kedahnews.com