Maradona Kini Buka Cafe "Diego' Di Abu Dhabi


ABU DHABI – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menyambut ulang tahun ke-56 dengan membuka rasmi sebuah kafe baru yang dinamakan sempena nama beliau di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun sudah bersara daripada bola sepak 22 tahun lalu, Maradona masih mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia.

A photo posted by St. Regis Abu Dhabi (@stregisabudhabi) on


Ratusan orang di Abu Dhabi menunggu di luar ‘Cafe Diego’ bagi menantikan upacara perasmian rasmi oleh Maradona.

Beliau juga menjemput beberapa rakan lama – antara mereka bekas pemain antarabangsa Belanda Clarence Seedorf dan rakan sepasukan lamanya dari skuad piala dunia 1986, Jorge Burruchaga.

A photo posted by St. Regis Abu Dhabi (@stregisabudhabi) on

Kafe baru Maradona itu diilhamkan daripada seni bina Argentina dan mencerminkan pemandangan kampung halamannya di Buenos Aires. – Agensi