Ah Chee atau dikenali dengan nama Chua She Qing, 5, di samping kedua ibu bapa jagaan, Chua Joo Tee dan Cindy Atika ketika ditemui media |
SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri dari Kampung Baru, Bedong merayu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai anak angkat mereka supaya tampil membantu melancarkan proses daftar lewat kelahiran.
Chua Joo Tee, 46, dan isteri, Cindy Atika, 39, berkata, mereka telah memelihara seorang kanak-kanak perempuan lima tahun sejak diserahkan seorang lelaki tiga tahun lalu dengan alasan mahu keluar bekerja.
Joo Tee berkata, lelaki yang dikenali dengan nama Kew Chong Sen, 50-an dipercayai berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan pernah bekerja sebagai tukang goreng kuey teow dekat Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
“Pada masa itu, dia meminta kami menjaga kanak-kanak itu kerana tidak mampu.
“Pada dua bulan pertama, dia membayar RM700 sebagai upah penjagaan namun selepas masuk bulan ketiga, dia menghilangkan diri. Puas kami menghubunginya melalui telefon bimbit namun gagal,” katanya kepada media, kelmarin.
Katanya, lelaki itu pernah menyuarakan hasrat supaya pasangan terbabit mengambil kanak-kanak berkenaan sebagai anak angkat memandangkan mereka masih belum memiliki anak dalam masa sama, tidak mempunyai wang untuk membayar.
“Selepas tiga tahun, kami langsung tidak pernah menemui bapa kepada kanak-kanak ini sehinggalah kini menjadi sebahagian daripada ahli keluarga serta terlalu menyayanginya,” katanya.
Bagaimanapun, kanak-kanak dikenali dengan nama Ah Chee atau Chua She Qing, 5, berdepan masalah urusan pendaftaran persekolahan dan dokumen kelahiran yang sah memandangkan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
“Kami pernah buat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara, namun tidak menjumpai sebarang petunjuk. Kemudian, kami rujuk kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
“Situasi sama berlaku apabila urusan pendaftaran lewat kelahiran gagal dilakukan biarpun setelah melakukan surat akuan bersumpah dan laporan polis,” katanya.
Mana-mana pihak yang mengetahui maklumat lanjut, boleh hubungi talian Joo Tee di talian 012-4342992.
Ah Chee atau dikenali dengan nama Chua She Qing, 5, di samping kedua ibu bapa jagaan, Chua Joo Tee dan Cindy Atika ketika ditemui media, kelmarin.
Sumber: Sinar Harian