KUALA LUMPUR – Musuh Islam sedang sesak nafas dan sebak dada menyaksikan terdapat usaha-usaha untuk kembali menyatukan umat Islam di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, musuh Islam sangat bencikan agenda itu kerana mereka mahu umat Islam berpecah belah supaya dapat mengambil kesempatan.
Kata beliau, musuh Islam sedang melancarkan pelbagai propaganda dan provokasi agar umat Islam Malaysia terus terperangkap dalam krisis perpecahan yang berpanjangan.
“Saat umat Islam pecah dan retak, mereka akan datang dengan gerak kerja yang terancang untuk menghancurkan Islam secara berperingkat.
“Ia telah didedahkan oleh Allah S.W.T bagaimana pelan tindakan dan modus operandi musuh Islam (Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Nasrudin mengingatkan Allah S.W.T melarang umatnya berpecah belah malah mewajibkan mereka supaya bersatu seperti yang terkandung dalam surah Aali Imran: 103.
Kata beliau, perpaduan adalah kalimah suci dan mulia untuk bersatu padu dengan tali Allah dan kebenaran tidak boleh bersatu dengan kebathilan.
Tambah beliau, perpecahan akan mencetuskan fitnah kepada Islam sekaligus mengundang Kecelakaan dan kebinasaan ke atas mereka.
“Hilang kekuatan dan kehebatan ummah dimata musuh-musuh Islam. Penyatuan ummat Islam mesti diusaha dan dilunaskan sepanjang masa. Umat slam mesti bangkit,” katanya.
Meskipun Nasrudin tidak menyebut mana-mana pihak yang katakan sebagai musuh Islam itu, tetapi partinya sering mengambarkan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan sebagai penentang Islam. -Kedahnews.com