Motosikal Rempuh Kereta, Pelajar Giatmara Maut


TAPAH – Seorang pelajar Giatmara Slim River maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Km351, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Sungkai di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata dalam kejadian 4 pagi itu, Nabil Fikri Saiful Bahari, 16, dari Sungkai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Katanya ketika kejadian kereta itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan tayar.

“Bagaimanapun, pemandu kereta, Shahreen Saffai, 19, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA