KUALA LUMPUR - PAS sedia bekerjasama dengan semua parti Pakatan Harapan selagi hal dalaman parti Islam itu tidak diganggu, demikian tegas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pas telah lama membuka pintu (kerjasama). Kami tidak pernah menutup pintu.
"Tetapi jika anda memasuki pintu tersebut, jangan menggangu isu rumah (hal dalaman PAS)," kata beliau di lobi Parlimen pada Rabu.
Hadi berkata demikian mengulas pertanyaan tentang kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa parti itu bersetujun untuk pertarungan satu lawan satu dalam pilihan raya ke-14 akan datang.
Hashim berkata, kerjasama (antara PAS dan Pakatan Harapan) akan memberi gambaran positif terhadap pembangkang.
Ditanya sama ada PAS akan memulihkan hubungan dengan DAP, Hadi mengulangi pendirian sebelum ini iaitu selagi hal dalaman PAS tidak diganggu, perkara itu tidak menjadi masalah.
"Jangan cetuskan sebarang gangguan di dalam rumah (PAS)," katanya.
Sumber: mStar