KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah dan bebanan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) di negara ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah kesempitan hidup dua golongan ini di bandar sering mengalami tekanan terutama dari segi ekonomi.
Jika permasalahan itu tidak ditangani dengan baik, Zahid yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata, dibimbangi mereka akan berjauh hati dengan kerajaan.
"Situasi ini pasti akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mengakibatkan keresahan sosial.
"Mereka kelak dikhuatiri boleh berubah menjadi 'the silent killer' terhadap kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa malam.
Sehubungan itu Zahid berkata, Umno sebagai parti yang menunjangi kerajaan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini termasuk mereka di bandar.
Menurut Zahid, kerajaan komited membantu rakyat menerusi pembinaan 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar yang lebih rendah dari kadar pasaran semasa bermula awal tahun depan.
Tambahnya, sewa beli tanpa deposit untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga telah dilaksanakan selain perkhidmatan bas percuma untuk golongan pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan.
"Selain itu, Program Pengedaran Barang Perlu, membuka 4MyFarm Outlet dan menambahbaik 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia juga akan dilaksanakan, semuanya demi untuk rakyat.
"InsyaAllah, misi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah bulanan rakyat kepada RM10,540 menjelang 2020 akan tetap menjadi suatu keutamaan," ujar Zahid.
Sumber: mStar