Chua dan Ong memberitahu kepada pemberita ketika ditemui di luar balai polis Kajang. |
PETALING JAYA - Seorang peguam berusia 33 tahun menyerah diri di balai polis berhubung kes mencabul kehormatan seorang pelajar universiti di sebuah kondominium di Bandar Sungai Long, Kajang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek ditahan selepas prosedur pengecaman dilakukan mangsa.
"Dia ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan," kata ACP Othman.
The Star sebelum ini melaporkan dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman yang mengalami gangguan seksual secara 'live' video di laman Facebook turut memberi amaran kepada wanita lain untuk lebih berhati-hati.
Cristal Chua dan Tammy Ong, kedua-duanya berusia 20-an, berkata, ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke kondominium yang disewa Chua sebelum seorang lelaki tiba-tiba muncul dan meraba punggungnya.
Mereka berkata, lelaki itu juga cuba untuk meraba dada Ong tetapi dia menjerit, dan berjaya melarikan diri.
Tambah mereka lagi, pengalaman menakutkan bermula apabila mereka tiba di salah satu blok kondominium ketika Chua sedang memasukkan kata laluan untuk membuka pintu rumah mereka.
Lelaki itu telah menahan pintu dan menyusup masuk di belakang mereka.
Menyangkakan dia juga merupakan salah seorang penduduk di kawasan itu, kedua-dua mereka tidak menghiraukannya sehingga lelaki itu meraba punggung Chua ketika mereka berada di tingkat satu kondominium itu.
"Saya fikir Tammy hendak bergurau dengan saya namun Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki di belakang saya. Dia kemudian berpaling ke arah Tammy dan cuba untuk menyakitinya tetapi dia menjerit, "kata Chua, sambil menggambarkan lelaki itu agak berisi dan rendah serta memakai jersi berwarna hitam dengan perkataan Mike dan nombor 10 di belakang bajunya.
Sumber: mStar