Pelajar Unitar Mangsa Serangan Seksual Buat "Live" Di Facebook

Chua (kiri) and Ong (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Long.
PETALING JAYA - Seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual bersama rakannya mahu bangkit daripada pengalaman pahit mereka itu.

Mereka tampil menerusi Facebook live bagi memberi amaran kepada wanita-wanita supaya lebih berhati-hati.

Kedua-duanya, Cristal Chua dan Tammy Ong yang masing-masing berusia 20-an adalah pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman di Sungai Long, Kajang.

Menerusi video itu, Chua berkata punggungnya telah diraba seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang berjalan ke kondominium yang disewanya.

Menurut mereka lagi, lelaki itu juga cuba untuk meraba dada Ong tetapi dia menjerit hingga menyebabkan penyerang melarikan diri.

Mereka berkata, pengalaman menakutkan itu berlaku apabila mereka tiba di salah satu blok kondominium berkenaan.

Gambar dari arah belakang lelaki yang didakwa sebagai penyerang seksual yang dirakamkan mangsa.
Sebelum kejadian, Chua sedang menekan kata laluan untuk membuka pintu masuk ke kondominium.

Lelaki itu kemudiannya turut menyelinap masuk.

Namun kedua-dua mereka menyangka lelaki berkenaan juga merupakan salah seorang penduduk di kawasan itu dan tidak menghiraukannya.

Mereka tidak menghiraukannya sehingga dia bertindak meraba punggung Chua di tingkat pertama.

"Pada mulanya saya fikir ia adalah Tammy. Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki di belakang saya," kata Chua sambil menambah bahawa lelaki itu kelihatan agak berisi dan rendah.

Chua mengeluarkan telefonnya untuk merakam video semasa Ong cuba mengejar.

Mereka menggesa pengguna internet untuk membantu mengenal pasti lelaki itu.

Chua membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Sumber: mStar