WALAUPUN jarang muncul dalam mana-mana majlis hiburan dan kaca televisyen, penyanyi Anuar Zain membuktikan dia tetap memiliki populariti yang kukuh dan disayangi peminat meskipun sudah lebih 30 tahun bertapak dalam industri seni hiburan.
Sehinggakan, baru-baru ini ada salah seorang peminatnya sanggup melabur ribuan ringgit semata-mata mahu menghadiahkan seutas jam tangan mewah berjenama Rolex kepadanya.
Menurut Anuar, 46, dia sendiri terkejut apabila dihadiahi seutas jam tangan mewah dari seorang peminat ketika menjayakan satu acara Exclusive Meet & Greet di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Katanya, jam tangan itu adalah hadiah paling mahal yang pernah diterimanya sepanjang tiga dekad berada dalam industri seni.
“Terkejut sangat sebab tak pernah seumur hidup orang hadiahkan barang semahal ini. Saya pula jenis orang yang tak begitu gemar menerima hadiah.
“Walau apapun, saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya, memetik laporan BH Online.
Anuar kini sedang sibuk mempromosikan album solo kelimanya melalui kerjasama dengan pasar raya Mydin.
Album terbaharunya itu sudah terjual lebih 11,000 unit, setelah lebih sebulan dipasarkan. – Kedahnews.com