Abdul Rahim (tengah) dan Ishak (kiri) bersama seorang lagi penduduk di jambatan tersebut. |
SIK - Penduduk di Kampung Landai khuatir jambatan yang pernah roboh ketika banjir hujung tahun lalu, akan roboh sekali lagi disebabkan strukturnya yang tidak kukuh.
Penduduk, Abdul Rahim Mohd berkata, jambatan itu merupakan laluan utama lebih 100 penduduk untuk ke pekan, masjid dan sekolah.
"Tiada mana-mana pihak datang membaiki jambatan yang roboh tahun lalu. Kami terpaksa kumpul duit hampir RM2,000 untuk baiki semula jambatan ini, tetapi keadaannya tidak stabil.
“Jika tidak, kami terpaksa guna laluan lain untuk ke pekan, masjid dan sebagainya sejauh tiga kilometer. Sebab itu kami bimbang jika jambatan ini roboh sekali lagi terutama dalam musim hujan,” katanya.
Selain itu, kata Abdul Rahim, dua penduduk pernah terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan itu.
“Selepas ini tak tahu berapa ramai lagi akan terjatuh ke dalam sungai ini,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Ishak Syahrozi berkata, dia bimbang dengan keselamatan diri setiap kali melalui jambatan itu.
“Takut nak lalu di situ, tambahan lagi musim hujan,” katanya.
Menurut Pengerusi JKKK Landai, Md Nasri Abdul Samad, beberapa pihak pernah membuat tinjauan di jambatan itu.
Bagaimanapun katanya, belum ada sebarang tindakan diambil sehingga kini.
“Masalah ini sudah lama. Sedih juga apabila jambatan ini terbiar terbengkalai. Jika terus dibiarkan tanpa tindakan, kita percaya jambatan ini akan roboh tidak lama lagi,” katanya.
Sumber: Sinar Harian