SEORANG wanita hamil nyaris menjadi mangsa cabul seorang pengawal keselamatan warga asing dalam kejadian yang berlaku di pusat istirehat R&F Tanjung Puteri, Johor Bahru, petang Sabtu lalu.
Insiden itu didedahkan oleh suami mangsa, Jamal Ismail, yang memuat naik status beserta gambar pelaku yang merupakan seorang lelaki Bangladesh, ‘bermandi darah’ dipercayai dibelasah olehnya.
Ketika kejadian, isterinya yang berada di bilik air pusat peranginan itu telah ditolak ke dalam tandas oleh pengawal berkenaan sambil memegang kemaluannya.
“Isteri saya dan kawannya pergi ke bilik air. Semasa berada di dalam bilik air, seorang pengawal keselamatan di situ telah masuk lalu menolak isteri saya yang mengandung, sambil memegang kemaluannya.
“Malah lelaki itu turut berkata yang dia mahu memegang kemaluan isteri saya.
“Isteri saya terus lari keluar mendapatkan saya. Saya terus cari dan berjumpa dengan lelaki itu,” kata Jamal.
Pegawal warga asing itu telah dibelasah oleh Jamal sehingga bermandikan darah sebelum dihalang oleh rakan sekerja lelaki berkenaan.
“Tapi saya kesal ada seorang lagi rakannya Husin, orang Melayu, mempertahankan lelaki itu dan mahu memukul saya.
“Apa yang membuatkan saya bertambah berang, pihak RNF merayu agar saya tidak membuat laporan polis,” katanya.
Jamal turut mengingatkan kepada orang ramai yang ingin bercuti di pusat peranginan itu agar berwaspada dengan segelintir pegawal keselamatan warga asing.
“Hati-hati kerana pengawal keselamatan yang bersifat binatang ni lah yang merosakkan anak-anak bangsa kita, tolong viralkan,” tambahnya. -Kedahnews.com