Jenazah dibawa ke Jeti Kuala Perlis untuk dikebumikan di Kampung Kuah. Gambar kecil: Mohamad Shukri. |
ALOR SETAR - Seorang penghuni pusat pemulihan akhlak di Pokok Sena maut dipercayai dipukul sekumpulan penghuni lain, kelmarin.
Mangsa, Mohamad Shukri Kassim, 17,ditemui tidak sedarkan diri oleh warden pusat apabila tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh.
Ibu mangsa, Aishah Rashid, 46, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak keempatnya itu oleh seorang ahli keluarga terdekat pagi semalam.
“Saya agak terkejut ketika diberitahu, dan terus bergegas ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah mendapat kepastian mangsa adalah anak saya,”katanya pada media, semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Abdul Rahman,50, berkata, dia tiba di HSB dari Langkawi pagi semalam untuk urusan pengecaman mayat.
“Ketika melihat jenazahnya saya dapati terdapat banyak kesan lebam di badan dan kepala.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua bulan lalu, dan ada menasihatinya agar menjaga diri. Namun, saya tidak menyangka kejadian ini akan menimpanya.
“Apa yang mereka (penghuni) lakukan sangat kejam dan walaupun betul dia bersalah, mereka tidak patut buat dia macam tu,”katanya.
Menurut Abdullah, jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Kuah dengan bot yang dibawa khas dari Langkawi
“Jenazah dijangka disolatkan di Masjid Al-Hana, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kuah pada sebelah malam,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila dia tidak bangun menunaikan solat Subuh.
“Setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
“Pada awalnya, kita menjangkakan ia kematian biasa, namun hasil bedah siasat oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan hentakan objek pada kepala dan perut mangsa,”katanya.
Mohd Rozi berkata, susulan itu, pihak polis berjaya menahan 10 penghuni lain berusia antara 14 sehingga 18 tahun yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.
“Ini merupakan kes pertama yang menyebabkan kematian di pusat terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.
Menurut Mohd Rozi, mangsa dimasukkan ke pusat pemulihan itu sejak 11 November lalu kerana masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Langkawi.
Sumber: Sinar Harian