GINELLA Massa, mencatat sejarah sebagai penyampai berita pertama di Kanada yang memakai tudung ketika membaca berita di televisyen.
Dia yang berusia 29 tahun, yang juga seorang wartawan, membaca berita untuk salah satu stesen penyiaran terkemuka di Kanada, CityNews pada pukul 11 malam, minggu lepas.
“Itulah penutupnya. Malam ini bukan sahaja penting kepada saya, malah saya rasa tiada wanita berhijab yang pernah membacakan berita di Kanada,” katanya dalam Twitternya sebaik sahaja menamatkan tugasnya.
Massa berkata, dia juga menjadi satu-satunya pemberita penyiaran di Kanada yang memakai hijab pada 2015, ketika bertugas dengan CTV News di Kitchener, Ontario.
Dia berpindah ke Toronto pada Februari tahun ini dan berkhidmat di CityNews.
“Editor saya telah memuji saya sambil berkata ‘Hey, bagus. Adakah ia yang pertama di Kanada? Wanita memakai hijab’. Dan saya pun berkata ya,” kata Massa yang hanya menyedari mengenainya selepas ditegur oleh editornya itu.
Walaupun menerima pujian ramai di media sosial namun tidak kurang juga yang memberikan komen negatif.
“Saya telah bercakap dengan ramai wanita yang menjadi wartawan di Amerika Syarikat, yang bekerja di belakang tabir. Mereka menyatakan ia sesuatu yang mencabar untuk keudara (hijab),” kata Massa.
Ini kerana, kata Massa, wartawan di Amerika Syarikat itu dimaklumkan bahawa disebabkan mereka memakai hijab maka mereka tidak akan dibenarkan keudara.
Keadaan itu katanya disebabkan ada yang berpendapat orang awam tidak akan dapat menerima situasi pembaca berita memakai hijab. –Kedahnews.com