KUALA LUMPUR – Penyokong Selangor jangan membenci pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana ramai pemainnya berhijrah ke pasukan itu sebelum ini.
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards sebaliknya meminta mereka supaya memikirkan mengapa ramai pemain dari Selangor mahu berhijrah dengan pasukan JDT.
“Janganlah membenci kami (JDT) disebabkan ramai pemain Selangor berhijrah ke JDT.
“Anda sepatutnya lebih bimbangkan kenapa ramai dari mereka hendak ke mari dan kelab anda melepaskan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Alistair dalam pada itu meminta penyokong Selangor supaya tidak mempercayai spekulasi JDT gagal mendapatkan pemain import, Andik Vermansyah.
Kata beliau, Andik adalah seorang pemain yang baik namun pemain tersebut tiada dalam perancangan JDT untuk bersama pasukan itu.
“Hentikanlah spekulasi tidak berasas ini. Dengan apa yang JDT miliki sekarang, pastinya kami mampu untuk mendapatkan pemain yang lebih baik.
“Usah teruskan khabar angin yang diperolehi dari sumber yang tidak sahih,” katanya. –Kedahnews.com