Pesawat AirAsia Tergelincir Di Landasan Kota Baru


PETALING JAYA - Sebuah pesawat AirAsia dilaporkan tergelincir di landasan dan tersekat di kawasan rumput di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Baru pada Selasa malam.

AirAsia mengesahkan bahawa pesawat AK6443 yang dijadual berlepas dari Kota Baru ke Kuala Lumpur pada pukul 10.25 malam terlibat dalam insiden itu.

"Semua penumpang dan anak kapal adalah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan," kata AirAsia dalam kenyataan selepas kejadian.

Ia menambah bahawa semua penumpang telah diberikan segala bantuan yang diperlukan.

Selain itu AirAsia berkata penerbangan lain, AK6446 yang dijadual tiba di Kota Baru dari Kuala Lumpur telah dibatalkan.

Sumber: mStar