SHAH ALAM - Proton Holding Berhad melancarkan model terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV), Ertiga yang ditawarkan bermula pada harga RM58,800.
MPV kedua selepas Proton Exora adalah kenderaan terbaharu keempat yang dikeluarkan syarikat tempatan itu untuk tahun ini.
Berkapasiti enam tempat duduk, ia adalah model sulung pengeluar kereta nasional itu hasil kerjasama strategik dengan Suzuki.
Proton Ertiga yang dibangunkan berasaskan model Suzuki Ertiga, dijana oleh enjin petrol 1.4 Liter dengan VVT dan merupakan kenderaan pertama keluaran Proton yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV).
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata model baharu ini dilengkapi teknologi drive-by-wire sekali gus memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif.
"Anda akan dapat merasakan kehalusan kereta ini pada kelajuan 110km/j dan 2900 rpm di mana enjin agak senyap dan penyerapan bunyi jalan serta angin yang baik.
"Ia membuatkan pemanduan kereta lebih selesa kerana kesenyapan ketara dari segi tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH)," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Proton Ertiga di sini, Khamis.
Jelas beliau, Proton Ertiga bukan sahaja jimat minyak malah ia direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan.
"Ventilasi penyaman udara yang luas di barisan kedua memastikan udara sampai sehingga ke barisan ketiga bersama ruang atas yang luas serta ruang letak kaki yang cukup selesa untuk menampung dua orang dewasa.
"Tuil akses pintar dengan satu sentuhan pada kerusi barisan kedua membolehkan penumpang masuk atau keluar dengan cepat dan mudah ke barisan ketiga," katanya.
Tempat duduk belakang boleh lipat bukan sekadar menyediakan kepelbagaian susunan tempat duduk tetapi mewujudkan ruang kabin yang mencukupi dan memuaykan barangan lebih muatan.
Barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk menampung ruang sebanyak 735 liter.
Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu transmisi automatik empat-kelajuan dan transmisi manual lima-kelajuan.
Kedua-dua varian menawarkan keselesaan seperti konfigurasi kerusi gelongsor yang memberikan ruang mencukupi di tempat duduk yang ketiga.
Ia juga didatangkan dengan perehat lengan di barisan kedua, pengarasan lampu depan dan empat pembesar suara.
Dari aspek keselamatan, MPV baharu itu antara lain dipasang dua beg udara di bahagian hadapan, sistem brek ABS + EBD dan stereng kuasa elektronik.
Kehadiran MPV segmen B itu bakal memberi saingan kepada kenderaan sekelasnya, termasuk Perodua Alza dan Toyota Avanza.
Sepanjang tahun ini, Proton sudah melancarkan tiga model baharu iaitu Perdana pada Jun lalu, Persona (Ogos) dan Saga (September).
Pelancaran model baharu berkenaan adalah sebahagian daripada program pemulihan Proton selepas kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat automotif negara itu pada April tahun ini.
MPV baharu itu dijual pada harga RM58, 800 (1.4L Executive MT), RM61,800 (1.4L Executive CVT) dan RM64,800 (1.4L Plus CVT).
Ia didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Cotton White dan Metal Grey.
Proton mensasarkan jualan MPV baharu ini sebanyak 1,500 unit sebulan.

Sumber: mStar