Ramai Ahli PAS Sertai Himpunan Bersih 5 - Khalid Samad


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ramai ahli PAS menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November lalu.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad mendakwa kononnya ahli PAS terbabit sanggup membelakangi larangan parti mereka supaya tidak menyertai demonstrasi demi Islam.

“Ramai ahli biasa PAS yang tidak boleh menerima sikap berdiam diri parti mereka turut bersama dalam Bersih 5.

“Atas kesedaran dan kefahaman mereka mengenai tugas dan tanggung-jawab mereka terhaap Islam dan negara,” dakwanya yang cuba mengaitkan demonstrasi itu dengan Islam semalam.

Khalid dalam pada itu melahirkan rasa gembira kerana mendakwa terdapat kaum Melayu dalam demonstrasi anti kerajaan tersebut.

Justeru, beliau percaya kaum Melayu akan menumbangkan parti terbesar mereka sendiri iaitu UMNO supaya DAP, PAN, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia memerintah negara ini. – Kedahnews.com