Siti Nurhaliza bersama suami tersayang, Datuk K ketika bergambar di Burj Khalifa, Dubai. FOTO: Ihsan Instagram Siti Nurhaliza. |
KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum mendapatkan rawatan kecederaan kakinya selepas terjatuh di bilik air ketika menjalani penggambaran percutian berjudul CTDKtion di tiga negara iaitu Potugal, Sepanyol dan Dubai.
Siti, 37, berkata, dia juga menahan sakit dan meneruskan penggambaran program percutian berkenaan yang turut disertai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain termasuk kru produksi Astro.
"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.
"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit. Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," ujarnya.
Siti ditemui pada majlis sambutan ulang tahun pertama strim muzik Younder, di Hotel The St Regis, di sini, malam Selasa.
Siti bersama 28 ahli keluarga termasuk kru produksi menjalani rakaman percutian di beberapa lokasi bersejarah di negara berkenaan selama 20 hari bermula 2 November lalu.
Dalam pada itu, menceritakan percutian selama tiga minggu itu, katanya, banyak perkara menarik sepanjang perjalanan mereka dirakam untuk program khas itu.
Katanya, program istimewa itu akan bersiaran selama sepuluh episod bermula Januari tahun depan.
“Tidak sabar rasanya nak tonton semula sepuluh episod percutian kami itu kerana banyak perkara menarik yang kami akan kongsikan.
“Penat juga kerana kami hanya menetap di sesebuah lokasi hanya dua malam sebelum berpindah-pindah ke lokasi lain dengan menaiki bas. Tapi ia sebuah pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Tambah Siti, idea percutian itu bermula daripada niat Datuk K yang mahu membawa keluarga bercuti bersama-sama.
“Suami saya sudah lama berniat untuk bawa ibunya dan adik beradik lain untuk bercuti, jadi kami diberi rezeki dan kesempatan untuk pergi bersama-sama kali ini.
"Saya juga ada hasrat ingin bawa keluarga saya juga bercuti suatu hari nanti, tapi ada ahli keluarga yang trauma naik kapal terbang pula, mungkin bercuti dalam Malaysia sahaja," ujarnya.
Siti, 37, berkata, dia juga menahan sakit dan meneruskan penggambaran program percutian berkenaan yang turut disertai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain termasuk kru produksi Astro.
"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.
"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit. Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," ujarnya.
Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarganya menghabiskan masa bercuti sambil melakukan penggambaran CTDKtion. Foto ihsan Instagram Siti Nurhaliza. |
Siti bersama 28 ahli keluarga termasuk kru produksi menjalani rakaman percutian di beberapa lokasi bersejarah di negara berkenaan selama 20 hari bermula 2 November lalu.
Siti Nurhaliza turut berkongsi keadaan kakinya |

Sumber: mStar