Gambar-gambar berikut menunjukkan bagaimana bandar yang dikelilingi zon pengasingan itu sunyi tanpa penghuni, lima tahun selepas tsunami besar yang menyebabkan kerosakan teruk terhadap reaktor nuklear Fukushima di Jepun.
Pada Mac 2011, gempa bumi berukuran 8.9 magnitud mencetuskan gelombang tsunami di luar pesisir pantai timur laut Jepun yang turut merosakkan reaktor nuklear di Fukushima.
Susulan kejadian, penduduk yang berada 19 meter dari stesen tenaga nuklear Daiichi terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang kerana dicemari kesan radioaktif dan kawasan itu ditutup sepenuhnya.
Jurugambar Arkadiusz Podniesinski tanpa rasa takut mahupun bimbang berkunjung ke bandar yang dilarang untuk dimasuki seperti Tomioka, Okuma, Futaba dan Namie untuk merakam gambar tempat-tempat yang terkesan akibat bencana berkenaan.
Nyata, kawasan terbabit tidak ubah seperti di dalam filem dahsyat - terbiar dan tidak berpenghuni.
Awal tahun ini, tiga pegawai eksekutif Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (Tepco) didakwa cuai kerana menyebabkan kematian dan kecederaan.
Pengerusi Tepco ketika itu, Tsunehisa Katsumata, 75, bersama dua bekas naib presiden Sakae Muto, 65, dan Ichiro Takekuro, 69, dipersalahkan atas kecederaan dialami 13 orang termasuk anggota tentera yang dihantar ke kawasan itu untuk membantu serta kematian 44 lagi pesakit yang dipaksa berpindah dari hospital berhampiran.
Bencana tsunami yang melanda bandar-bandar berkenaan menyebabkan lebih 18,000 orang terbunuh dengan kejadian di Fukushima dianggap nahas bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl, walaupun tiada siapa dipercayai terbunuh secara langsung akibat kegagalan reaktor. -Agensi