Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar, kata seorang ahli falak.
Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak menjelaskan fenomena itu merupakan proses pemulihan melibatkan empat nilai yang diperlukan makhluk di muka bumi ini.
"Satu proses di mana berlakunya proses resapan empat nilai iaitu nilai tumbuh, nilai tambah, nilai subur dan nilai pengembangan untuk 17,000 jenis makhluk di darat dan laut, jadi supermoon ada hikmahnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Pontian, semalam.
"Supermoon bukan beban, bukan untuk menambah tekanan atau hendak meraih banyak peruntukan untuk tinggikan benteng tapi itu keperluan benda-benda hidup untuk terus dipulihkan," kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, air pasang hanya akan berada dalam keadaan membimbangkan sekiranya berlaku penolakan angin barat serta hujan lebat.
"Semalam 14 Nov bersamaan 14 Safar, jadi berlaku bulan penuh purnama yang mana detik bulan hampir dengan bumi, maka di situ berlaku detik tolakan kuat kepada permukaan laut yang membawa kesan air pasang tinggi yang melimpah," kata Hanafiah.
"Sungguhpun begitu, Alhamdulilah, (hari ini) air tidak melimpah. Walaupun pada ketinggian 3.8 meter tetapi ia tidak melimpah kerana Allah beri pertolongan, angin barat tidak bertiup ketika air pasang tinggi, itulah bezanya," kata beliau.
Tambahnya, fenomena air pasang besar yang berlaku ini dijangka berakhir Jumaat ini.
"Fenomena ini berlaku biasanya 12 hari setiap bulan iaitu tiga hari di awal bulan, tiga hari di hujung bulan, tiga hari sebelum dan selepas pertengahan bulan Islam," kata Hanafiah.
Bagi fenomena bulan penuh atau supermoon, ia berlaku setiap 18 tahun sekali dan dijangka berlaku pada tahun 2034. - Bernama