SUSPEK yang dipercayai meraba dalam sistem aliran ringan (LRT) seperti yang diviralkan baru-baru ini telah berjaya diberkas oleh Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana, pagi tadi.
Memetik Awani, suspek berusia lingkungan 44 tahun itu ditahan sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana, Lim Jin Aun berkata, mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penahanan suspek.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.
“Rapid KL selaku operater kepada perkhidmatan LRT, Monorel, BRT dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang,” kata Jin Aun.
Sebelum ini, seorang pengguna LRT, Syima Mohamad memuat naik status di Facebook mendakwa suspek sengaja mengambil kesempatan meraba mangsa dengan menggosok kemaluannya.
Kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan dari perhentian stesen Universiti menuju ke Bangsar, Selasa lalu. – Kedahnews.com