KAWALAN keselamatan yang paling ketat di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur berjaya menggagalkan usaha peserta perhimpunan haram Bersih 5 cuba ‘menawan’ ibu negara pada Sabtu.
Lebih memalukan, apabila sasaran penganjur untuk menyaksikan lebih 100,000 peserta Baju Kuning ‘menguasai’ Kuala Lumpur turut tidak kesampaian apabila menerima sambutan agak hambar daripada masyarakat Malaysia.
Malahan portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini melaporkan hanya 30,000 peserta Bersih 5 berada di kawasan lapang Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah Suria KLCC di Jalan Ampang.
Angka itu tidak sampai pun separuh daripada sasaran dinyatakan bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan apabila mendakwa perhimpunan jalanan tanpa permit tersebut akan disertai 100,000 orang dari seluruh negara.
Ketika berucap di luar stesen LRT Bangsar, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu dengan ‘yakin’ menyatakan kononnya angka tersebut dapat dicapai berbanding cuma 20,000 orang sahaja menyertai Bersih 4 pada tahun lalu.
Perubahan lokasi perhimpunan Bersih 5 pada saat akhir selepas mereka gagal ‘menakluk’ Dataran Merdeka akibat sekatan maksimum pihak polis menyebabkan ribuan peserta dikerah oleh penganjur untuk menuju ke KLCC pula.
Hujan lebat dan perarakan gerakan prokerajaan, Baju Merah juga antara faktor menjejaskan sasaran kehadiran di sebalik ‘kemunculan’ secara mengejut Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tiba dari luar negara.
Malaysiakini menganggarkan kira-kira 30,000 orang sahaja berkumpul di kawasan KLCC mendengar ucapan Mahathir itu serta Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa tokoh Pakatan Harapan yang lain.
Ia sekali gus mengesahkan Bersih 5 memang didalangi pihak pembangkang yang berselindung di sebalik tuntutan proses pilihan raya adil tetapi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan.
Ini dapat disaksikan sendiri daripada kain rentang dan sepanduk gimik dipegang para peserta yang jelas memang menghina kepimpinan negara serta isu-isu remeh tiada kaitan pun dengan amalan sistem pilihan raya demokratik.
Sekali lagi seperti mana Bersih 4, demonstrasi haram pada kali ini majoriti besarnya disertai penyokong totok DAP khasnya etnik Cina setelah diboikot PAS, bekas sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat. -Kedahnews.com