JITRA - Taska yang menjaga bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia Khamis lalu, disahkan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Sop yang ditetapkan merangkumi tahap keselamatan, kesihatan, dan saiz taska.
“Beri kami masa untuk mengadakan penyiasatan dengan lebih lanjut. Tambahan pula, kes ini sudah menjadi kes polis dan pegawai pelindung dari kementerian juga turun untuk beri kerjasama,” katanya.
Menurutnya, setakat ini, pihak hospital juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan punca kematian bayi terbabit.
"Namun, bagi pihak JKM, segala aspek di taska berkenaan termasuk operasi, kebersihan, pendaftaran dan nisbah kanak-kanak yang dijaga berada di tahap memuaskan,” katanya.
Khamis lalu, Muhammad Faris Syukur meninggal dunia di Unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah koma selama empat hari.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur penderaan dalam kes kematiannya dan keputusan ujian darah, kuman dan tisu perlu diketahui untuk mendapatkan keputusan selanjutnya.
Mangsa pada Isnin lalu tidak sedarkan diri secara tiba-tiba kira-kira jam 4 petang selepas muntah dan demam ketika berada di taska terbabit, sebelum dikejarkan ke Hospital Jitra untuk rawatan dan dipindahkan ke HSB.
Sumber: Sinar Harian