Tidak Hormati Azan, Pilih Solat Di Jalanan Walau Masjid Berhampiran?


BELUM lagi berjaya menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, namun gelagat peserta Bersih 5 dikatakan masih tidak berubah apabila tergamak mencemarkan Masjid Negara di ibu negara setiap kali perhimpunan haram itu.

Seperti kelaziman, ratusan penyokong pembangkang termasuk yang beragama Islam sanggup turut dikatakan telah menjadikan kawasan masjid kebanggaan warga kota itu antara lokasi wajib mereka untuk berkumpul sebelum berarak ke lokasi lain.

Tinjauan media mendapati kira-kira 400 orang berbaju warna kuning termasuk wanita Muslim berhimpun di sekitar Masjid Negara sejak awal pagi Sabtu sebelum bergerak ke Dataran Merdeka yang dikawal ketat pasukan polis.

Malangnya, sudahlah tidak mengimarahkan rumah Allah SWT itu dengan tuntutan amalan ibadah, para peserta perhimpunan haram Bersih 5 itu juga mengotorkan masjid tersebut dengan segala kekotoran sisa sampah sarap seperti kelaziman mereka sebelum ini.

Ia sekali gus mencacatkan pemandangan persekitaran dan lebih memburukkan keadaan, ada berani menggunakan pembesar suara menyampaikan ucapan politik yang tidak sepatutnya dilafazkan di tempat ibadat umat Islam itu.


Tidak cukup itu, sebilangan peserta juga didapati bertindak kurang ajar apabila sengaja membuat bising dengan menyanyikan lagu tertentu secara kuat ketika azan Zohor berkumandang dari sebuah masjid yang berdekatan.

Kebiadapan peserta demo haram itu berterusan lagi apabila sekumpulan mereka menunaikan solat fardu Zohor di atas jalan raya sehingga mengganggu aliran trafik walhal berhampiran kawasan itu ada banyak surau dan masjid.

Tinjauan media di ibu negara juga melaporkan bahawa majoriti besar peserta jalanan tanpa permit Bersih 5 itu penyokong "totok" DAP khasnya etnik Cina termasuk ada berani bawa anjing sebagai tanda sokongan. – Agensi