KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) walaupun terdapat andaian perjanjian itu tidak akan diteruskan dengan kemenangan Donald Trump pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada masa ini, terdapat beberapa kemungkinan akan berlaku termasuk Trump mengubah pendiriannya berhubung perjanjian itu setelah mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari depan.
"Pada masa ini nampak kemungkinan perkara ini dibawa ke Kongres AS seperti tidak akan berlaku, tetapi ada juga pendapat mengatakan Trump akan mengubah pendirian kerana telah mengubah pendirian tentang beberapa perkara...jadi kita tengok selepas 20 Januari depan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Mustapa berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang ingin tahu pendirian kerajaan sekiranya Trump tidak meneruskan perjanjian tersebut.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang telah dirundingkan sebagai sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010.
12 negara iaitu AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia telah memuktamadkan rundingan TPPA di Atlanta pada 5 Oktober 2015, dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Februari 2016.
Mustapa berkata perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Lima, Peru pada 19-20 November ini.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan usul meneruskan TPPA tanpa AS serta memasukkan China ke dalam perjanjian berkenaan.
Jelasnya, kerajaan komited dalam menjayakan konsep perjanjian perdagangan bebas yang menguntungkan negara seperti TPPA dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
"Kita sudah berunding mengenai TPPA selama lima tahun...kita masuk Dewan Rakyat bertelagah dan buat keputusan meluluskan usul tandatangan TPPA sebelum pada 4 Februari lepas saya tandatangan, kita sudah banyak melabur masa, jangan terburu-buru, kita akan buat keputusan yang tepat untuk rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa melahirkan rasa terkejut dengan keprihatinan Anggota Parlimen pembangkang yang dilihat seolah-olah mahukan TPPA menjadi satu realiti.
"Masa kita berbahas dahulu di Parlimen dan sesi perbincangan, kita bertegang leher, ramai yang menentang TPPA, nampak hari ini berubah pendirian, nampak ada yang menyokong," katanya.
Terdahulu, beberapa Anggota Parlimen termasuk pembangkang mahu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan hala tuju Malaysia menerusi TPPA selepas kemenangan Trump.
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata jika TPPA tidak diteruskan, ia akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kerana perjanjian tersebut akan mempertingkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia sehingga RM891.37 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2027.
Katanya, tanpa penyertaan Malaysia dalam TPPA, KDNK negara dijangka merosot sehingga RM67.59 billion.
Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) pula menyifatkan kerajaan perlu bertindak segera dalam isu itu dengan mengambil langkah mengadakan integrasi ekonomi dalam kalangan negara ASEAN supaya mampu memberi saingan kepada kuasa ekonomi global. - BERNAMA