PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kesahihan dakwaan beberapa NGO yang mengatakan Bersih ditaja oleh jutawan matawang dunia berbangsa Yahudi, George Soros.
Biarpun dakwaan berkenaan telah diakui benar oleh Pengerusi Bersih, Maria Chin, sebelum ini, Tun M tetap mendakwa tuduhan tersebut hanyalah dalam cubaan membatalkan perhimpunan yang masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa itu.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding mengambil kira hal kewangan kumpulan Bersih ini.
“Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
“Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti,” katanya semalam di Putrajaya, memetik laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan Soros telah membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Difahamkan selaih Bersih, Majlis Peguam dan portal Malaysiakini.com turut sebelum ini mengaku pernah menerima sejumlah dana dari agensi yang didalangi Soros.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya turut menjelaskan PDRM telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan tersebut baru-baru ini. -Kedahnews.com