PETALING JAYA – Seorang juruteknik pendawaian didenda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret bagi kesalahan mengugut untuk membunuh dan mengerat-ngerat keluarga sepupunya.
G. Lamaaran, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas pertuduhan mengugut untuk mendatangkan bahaya ke atas S. Emmuel, 27, dengan berkata, “Jika apa-apa berlaku pada keluarga kamu, jangan tanya saya dan jika saya kerat kamu atau keluarga kamu, juga jangan tanya saya.”
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di No. 45 Jalan PJS 10/11b Subang Jaya, di sini pada 25 Mei lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam S. Suraj yang mewakili tertuduh merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap anak guamnya kerana ia merupakan hal keluarga dan telah diselesaikan dalam kalangan anggota keluarga.
Selain itu, katanya anak guamnya telah direman empat hari dan insaf dengan perbuatannya itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal. – BERNAMA