Salah seorang suspek ditahan sebaik tiba di KLIA. |
KUALA LUMPUR - Dua anggota militan IS yang ditahan di Istanbul menerima RM5,000 daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk berlepas ke Syria.
Salah seorang suspek, juruteknik berusia 29 tahun dari Muar, Johor, turut membuat pinjaman peribadi sebanyak RM20,000 sebelum berlepas ke negara bergolak itu bersama seorang rakannya berusia 24 tahun dari Miri, Sarawak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata siasatan awal mendapati Mohamad Wanndy yang juga pengganas paling dikehendaki menghubungi dua suspek menerusi mesej menggunakan aplikasi Telegram.
"Kami percaya Mohamad Wanndy mempengaruhi mereka untuk pergi ke Syria.
"Suspek dari Muar turut menerima wang daripada beberapa individu lain untuk membeli tiket ke Istanbul," katanya kepada The Star.
Dua anggota IS itu ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 28 Oktober lalu ketika cuba memasuki Syria.
Kedua-dua suspek kemudiannya dihantar pulang sehari kemudian.
Mereka kemudiannya ditahan pegawai Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Oktober lalu.
Ayob berkata kedua-duanya memilih untuk berlepas ke Istanbul dari Bangkok kerana ia laluan selamat meskipun kos yang lebih mahal.
"Sebaik mereka tiba di Istanbul, Mohamad Wanndy kemudian berhubung dengan mereka menggunakan Facebook.
"Mereka diarahkan untuk tinggal di Turki untuk sementara waktu kerana Mohamad Wanndy mahu memastikan perjalanan mereka untuk memasuki Syria selamat," kata Ayob.
Kedua-dua suspek buat pertama kalinya berhubung dengan Mohamad Wanndy pada pertengahan tahun lalu.
Katanya, dua suspek itu merupakan ahli sel Gagak Hitam di Malaysia.
"Ia tidak mengejutkan bahawa ahli dalam kalangan sel pengganas ini tidak mengenali antara satu sama lain.
"Ia adalah satu cara untuk menghadkan peluang mereka ditangkap," katanya.
Sumber berkata Mohamad Wanndy telah mengumpul wang sebanyak RM100,000 dalam masa yang singkat.
Sumber perisikan memberitahu ahli militan dari Melaka itu menerima sekurang-kurangnya RM8,000 sebulan dari orang ramai yang bersimpati terhadap kumpulan tersebut di Malaysia.
Dengan penahanan terbaharu itu, kira-kira 257 militan berjaya diberkas sejak 2013.
Sumber: mStar