Azri menunjukkan foto anak lelakinya. |
KUALA KEDAH - Seorang remaja menghilangkan diri semenjak 18 hari lalu apabila tidak pulang ke kediamannya di Kampung Balai belakang Seberang Nyonya, di sini.
Anak sulung dari lima beradik, Zulhelmi Azri, 19, sepatutnya menaiki bas di Baling selepas menumpang di rumah saudara maranya selama beberapa hari.
Bagaimanapun, kata ibunya, Melati Md Isa, 46, anak lelakinya masih tidak pulang ke rumah mereka dan menimbulkan kebimbangan kepada mereka sekeluarga.
“Pada 12 Oktober lepas, kami sekeluarga ke sana untuk menghantar Zulhelmi memasuki sekolah pondok yang dia mahu tetapi tidak dapat disebabkan penghuni pondok ini penuh.
“Jadi, dia menumpang seketika di kediaman bapa saudara, sebelum mereka membawa dia ke hentian bas keesokan harinya untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Disebabkan itu, katanya, mereka terkejut apabila menerima panggilan telefon dari anak saudaranya mengatakan anak sulungnya menghilangkan diri selepas ke tandas.
Menurutnya, anak lelakinya membawa beg pakaian dan kad pengenalan diri, namun tidak memiliki telefon bimbit mahupun kenalan di daerah berkenaan.
Bapanya, Azri Awang, 46, berkata, mereka bimbang dengan keselamatan Zulhelmi kerana khuatir anak lelaki dipergunakan individu tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, mereka menerima maklumat dari penduduk bahawa Zulhelmi ada menumpang di masjid tetapi apabila diperiksa, dia tiada.
Katanya, dia mungkin kecewa kerana tidak dapat memasuki sekolah pondok diinginkan, lalu mengambil keputusan membawa diri.
Setakat ini, katanya, mereka sudah berulang alik dari Kuala Kedah ke Baling mencarinya tapi masih lagi gagal.
“Lebih membimbangkan, dia hanya memiliki RM40 ketika kali terakhir dia hilang. Bayangkan, sudah dekat 20 hari, tak tahulah dia cukup duit atau tidak untuk makan,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai Zulhelmi boleh menghubungi keluarganya di talian 019-4954058 (Azri).
Sumber: Sinar Harian