KUALA LUMPUR – Seramai 1,728 murid di seluruh negara dikesan terlibat dalam kegiatan mencuba dadah tahun ini sehingga 15 Disember, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata statistik tersebut, yang merangkumi 1,716 lelaki dan 12 perempuan, diperoleh melalui hasil ujian urin dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Murid-murid yang dikesan terlibat mencuba dadah itu telah melalui sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama pihak AADK,” katanya ketika menjawab soalan asal Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian yang ingin tahu statistik tentang isu dan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar serta inisiatif yang dilaksanakan bagi mendidik pelajar menjauhi dadah.
Chong berkata kementeriannya juga telah melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di semua sekolah seluruh negara bagi memastikan murid-murid tidak terjebak dengan aktiviti berkaitan dadah.
“Program PPDa dilaksanakan menerusi empat strategi yang melibatkan bidang Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan sahsiah. Ia melibatkan kementerian, AADK, PDRM, Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) dan badan bukan kerajaan yang berkaitan,” tambahnya. – BERNAMA