5 Pulau Terbaik Di Sabah Yang Orang Kedah Tak Tahu

Pulau Lankayan
SABAH Negeri di Bawah Bayu memang menjadi destinasi pelancong lebih-lebih lagi dengan pulau-pulaunya yang cantik seperti pulau Manukan, Pulau Mabul, Pulau Tiga, Pulau Sapi dan Pulau Sipadan.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya negeri itu punyai banyak pulau lain yang cantik dan seharusnya dipromosikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Malah ada juga di antara pulau itu yang tidak diduduki oleh manusia membuatkan ia tidak mempunyai pencemaran.

Kepada mereka yang masih tertanya-tanya pulau apa lagi yang boleh dikunjungi di Sabah ini, mari lihat lima pulau yang boleh menjadi destinasi pelancongan anda tahun 2017 ini.

1. Pulau Kapalai

Pulau Kapalai
Ia terletak berdekatan dengan daerah Tawau dan terasing daripada dunia luar serta sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti ‘snorkelling’ dan scuba.

Cara termudah untuk datang ke Pulau ini adalah melalui kapal terbang dari Tawau ataupun menaiki bot dari Pulau Sipadan atau Mabul.

Pulau ini sangat terasing dari dunia luar sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dari hiruk-pikuk kota.

2. Pulau Banggi

Pulau Banggi
Terletak di Daerah Kudat dan merupakan pulau yang terbesar di Malaysia (lebih besar dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang).

Cara untuk ke pulau ini dengan menggunakan feri namun ia hanya bergerak sekali sehari iaitu pada waktu pagi.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini tetapi ia punyai banyak kawasan menarik untuk diterokai serta aktiviti ‘island hopping’.

3. Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang
Terbentuk dari sisa-sia tinggalan gunung berapi purba dan ia merupakan pulau terbesar di Taman Marin Tun Sakaran.

Terdapat kawah yang membentuk Bohey Dulang ini kini dibanjiri dengan air laut mewujudkan lagun yang besar sedalam 25 meter.

4. Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom
Sebuah pulau terumbu karang kecil di laut Celebas kira-kira 30 kilometer dari bandar Semporna.

Ia sangat kaya dengan hidupan laut dan terumbu karang, tidak mempunyai kawasan perkampungan menyebabkan tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang disyorkan di daerah Semporna.

5. Pulau Lankayan

Pulau Lankayan
Sebuah pulau kecil di laut Sulu, dan telah diisytiharkan sebagai sebahagian daripada kawasan perlindungan besar marin untuk menerima pakai konsep eko-pelancongan.

Pulau ini juga merupakan tempat penyu bertelur dan Kerajaan negeri Sabah turut melarang sebarang aktiviti memancing atau penuaian dilakukan menjadikan ia masih dipelihara oleh alam semula jadi.

Sumber: Sinar Harian